Tuesday 12 June 2012

shan: shan: pergerakan kreatif teater

shan: shan: pergerakan kreatif teater:
Aksi babak keempat (Pelajar dikena hukuman oleh guru disiplin)



Aksi babak kelima (Pelajar memujuk dan meminta maaf kepada guru disiplin)

shan: shan: pergerakan kreatif teater

shan: shan: pergerakan kreatif teater:

Antara pergerakan dalam persembahan ‘Ponteng’
Aksi babak pertama (Cuba ponteng kelas)

shan: shan: pergerakan kreatif teater

shan: shan: pergerakan kreatif teater

Antara pergerakan dalam persembahan ‘Ponteng’
Aksi babak pertama (Cuba ponteng kelas)

Aksi babak kedua (Guru mengawas dan lari daripada guru disiplin)

 Aksi babak ketiga ( Pelajar ditangkap oleh guru disiplin)


shan: pergerakan kreatif teater

Jurnal refleksi (Persembahan kumpulan 1)
Dalam pembelajaran bagi persembahan kumpulan yang dikoreografikan oleh ahli kumpulan masing-masing telah mendedahkan saya untuk mencipta pergerakan dan plot cerita tersendiri. Daripada tugasan tersebut, kami telah diberi penerangan oleh pensyarah tentang kursus pergerakan kreatif teater yang menggunakan badan sebagai instrumen lakon dan juga pergerakan tari.
·         Pergerakan kreatif teater adalah satu bentuk aktiviti yang menggabungkan  gerakan-gerakan fizikal  anggota badan secara menyeluruh dan kreatif yang akan dipersembahkan  kepada orang ramai.
·         Tarian ini dilakukan dalam pelbagai budaya yang berbeza dan digunakan sebagai satu bentuk penyampaian ataupun interaksi sosial yang dipersembahkan dalam sesuatu upacara ataupun majlis. Secara umumnya, perkataan tarian ataupun ‘dance’ adalah berasal daripada perkataan Jerman Kuno iaitu ‘danson’ yang membawa maksud ‘to stretch’. Pembentukan tarian dipercayai terbentuk daripada gerakan-gerakan asas di mana seseorang penari itu ‘menegangkan’ dan ‘meregangkan’ otot semasa melakukan tarian.
·         Pergerakan pula  bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus. Pergerakan merupakan intipati dalam kehidupan dan tarian adalah satu-satunya alat atau  bentuk untuk mengekpresikan diri. Menurut Profesor Dr.Ghouse Nasaruddin, tarian adalah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang universal dan melalui tarian juga seseorang itu boleh mengetahui budaya dan  bangsanya. Ramli Ibrahim yang merupakan seorang koreografer dan penari popular di Malaysia pula menjelaskan bahawa dengan melakukan aksi lompat sahaja, seseorang itu tidak boleh dikatakan telah melakukan tarian. Sebaliknya, lompatan itu mestilah mempunyai teknik-teknik dan mengambarkan gaya tertentu untuk dianggap sebagai aksi tari.
·         Tarian perlu menggambarkan estetika, pergerakan-pergerakan sesuai dan mengekspresiasikan sesuatu emosi. Dalam mengaplikasikan pergerakan tari, penari atau artis perlulah menggerakkan badannya sambil mengekspresikan luahan hatinya melalui aksi dan mimik muka mahupun mengekspresikan dirinya melalui aksi badan dalam sesuatu persembahan.

·         Penggunaan tubuh sebagai instrument lakonan menjadi kepentingan utama dalam lakonan di atas pentas teater. Hal ini kerana jarak dan ruang pentas serta kedudukan pelakon dengan penonton yang jauh adalah memastikan segala bentuk lakonan harus ditransformasikan melalui tubuh badan. Di atas pentas pelakon dilihat dari keseluruhan tubuhnya. Setiap pelakon tersebut haruslah mempunyai kecerdasan internal dan external bagi mengendalikan keseluruhan tubuh badannya.
·         Pelakon teater juga harus menggunakan tubuhnya dan menyesuaikan dengan pelbagai watak yang akan dibawa. Dengan itu, pelakon juga dituntut mempunyai kecergasan kinestetik bagi mempamerkan keupayaan olah tubuh pelakon terutama dalam melakonkan adegan-adegan yang memerlukan pentampilan gerak tari ataupun lakonan secara fizikal.
·         Maka itu, tubuh badan pelakon teater memainkan peranan sebagai penyampai segala emosi kepada penonton. Tubuh badan yang tidak terbatas memainkan peranan penting bagi seseorang pelakon teater.

v  Antara kemahiran-kemahiran kinestetik yang diperkenalkan oleh pensyarah adalah melalui analisis pergerakan laban yang merangkumi empat elemen utama dalam iaitu ruang, aksi badan, kualiti pergerakan serta hubungan dalam watak yang dipegang oleh seseorang individu. Selain itu, pergerakan-pergerakan seperti lokomotor dan bukan lokomotor telah diajar dan diterangkan oleh pensyarah mengenai teknik pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
§  Analisis Pergerakan Laban
ü  Ruang
·         Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am.
·         Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
·          Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.
·         Dalam melakukan sesuatu pergerakan, perubahan ruang akan berlaku dari satu titik permulaan kepada satu titik yang lain.
ü  Aksi Badan
·         Badan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu keseluruhan tubuh badan yang mana pergerakan yang dilakukan adalah secara bebas atau terkawal dan bahagian tubuh badan di mana penggunaan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan lain-lain untuk melakukan sesuatu pergerakan serta menggunakan bahagian anggota badan untuk membentuk sesuatu objek.
·         Aksi badan adalah penting kerana jika tiada pergerakan daripada tubuh badan maka ia bukanlah aksi badan. Bagi melakukan sesuatu terjemahan daripada tubuh badan maka pergerakan daripada tubuh harus dilakukan. Bagi bergerak dengan lebih kreatif, penari ataupun pelakon perlulah bergerak daripada yang sebenar ataupun luar biasa.
ü  Kualiti pergerakan
·         memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat.
·         Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
·         Pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk.
·         Sementara pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi.
·         Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.
a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.
b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.




ü  Hubungan
·         Dalam melakukan sesuatu pergerakan, penari atau pelakon perlu mengetahui hubungannya dengan watak-watak lain supaya mesej persembahan dapat disampaikan kepada penonton. Hubungan dalam pergerakan tersebut mungkin secara individu, dua ataupun lebih daripada dua watak yang lain seperti bergerak serentak, canon, diketuai oleh individu dan diikuti oleh watak yang lain dan sebagainya.

§  Pergerakan Lokomotor
·         Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
·         CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR
ü  Melompat
Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.
ü  Lompat Skip
Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli.

ü  Lompat Galop
Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat.
ü  Melantun
Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar.
ü  Melungsur
Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.

§  Pergerakan bukan lokomotor
·         Pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.
·         Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.
·         Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.
·         CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
ü  Menghayun
Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang.
ü  Membengkok
Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan-lahan menegakkan badan.
ü  Memusing
Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.
ü  Mendekam
Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai.
ü  Menyokong
Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.
ü  Membengkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.
ü  Meregang
Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180̊.
ü  Mengilas
Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.
ü  Memusing
Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.
ü  Menolak dan Menarik
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.
ü  Rebah
Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.
ü  Bangkit
Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.
ü  Melantun
Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan.

v  Dalam tugasan pertama, tajuk persembahan kumpulan kami adalah ponteng dan ahli kumpulan terdiri daripada empat orang pelajar. Persembahan ini telah dilakukan di ruang legar Bitarasiswa pada 27 April 2012. Pergerakan dalam persembahan ini telah kami koreograf dengan memasukkan 5 babak yang berbeza serta muzik yang berlainan supaya mesej persembahan dapat disampaikan kepada penonton. Babak pertama ataupun 3 minit pertama adalah babak pelajar cuba ponteng kelas. Dalam babak tersebut tiga orang pelajar akan cuba cari jalan untuk ponteng kelas dan elak daripada ditangkap oleh guru disiplin. Babak kedua pula adalah babak guru disipilin datang mengawas keadaan kelas dan sekolah untuk menangkap budak-budak yang ponteng. Tiga orang pelajar akan cuba sembunyi daripada penglihatan guru disiplin tersebut. Babak ketiga pula tiga orang pelajar yang ingin ponteng tadi akan tertangkap oleh guru disiplin dan mereka akan cuba lari daripada kena tangkap. Akhirnya mereka kena tangkap oleh guru disiplin tersebut. Babak keempat adalah babak kena hukuman oleh guru disiplin dengan hukuman yang berbeza iaitu hukuman rotan, ketuk ketampi dan juga tarik telinga. Babak kelima ataupun yang terakhir adalah babak di mana ketiga-tiga pelajar ini akan cuba memujuk dan meminta maaf daripada guru disiplin tersebut.
v  Melalui persembahan tersebut, kami telah menggunakan teknik-teknik dan kemahiran kinestetik yang diajar oleh pensyarah iaitu aksi badan, kualiti pergerakan, ruang dan juga hubungan dalam persembahan tersebut. Dalam persembahan ini, kami telah menggunakan ruang pentas dan ruang legar tempat persembahan dengan sepenuhnya serta aras yang berbeza iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Penggunaan ruang juga berubah-ubah dimana kadang kala kami bergerak ke arah yang berbeza, bertentangan ataupun bertumpu pada sesuatu ruang pentas. Kami juga telah mengeksplor pergerakan daripada pergerakan sesuatu benda ataupun binatang dalam persembahan kami serta mengaitkan hubungan  pergerakan dengan pergerakan yang lain ataupun satu watak dengan watak yang lain seperti hubungan antara kawan dan juga hubungan pelajar dengan guru. Melalui persembahan ini, kami juga menggunakan teknik kualiti pergerakan yang mana pergerakan badan kami ada laju dan perlahan, mempunyai beban, lembut, canon dan bergerak dengan pantas. Penggunaan aksi badan dalam persembahan ini adalah teknik yang paling banyak kami masukkan dalam watak masing-masing. Aksi-aksi seperti menegang dan mengecut, membuat pusingan, bahasa badan, lompatan, perkembangan badan serta bergerak dengan kreatif seperti lari tetapi tidak lari dengan biasa seperti lari menggunakan tangan atau merangkak.
v  Batasan yang saya hadapi dalam mengaplikasi teknik-teknik ini adalah stamina. Bila melakukan keseluruhan teknik tersebut, barulah saya sedari bahawa kekuatan stamina amat penting kerana tubuh badan kita bermain dengan ruang, pergerakan yang berbeza  serta aras yang berlainan. Pengolahan badan dari satu  pergerakan kepada pergerakan yang lain juga menjadi satu kekangan saya semasa melakukan latihan kerana tubuh badan perlulah berubah-ubah mengikut situasi plot persembahan dan saya mengalami sedikit masalah dalam mengubah pergerakan badan yang berbeza ataupun boleh dikatakan kurang idea. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam menghubungkan pergerakan saya dengan ahli kumpulan yang kerana masih tidak begitu mahir untuk menjiwai watak sendiri dan juga kawan-kawan lain serta kemampuan ahli kumpulan yang berbeza-beza.
v  Saya telah mengatasi segala kekangan ini dengan melakukan latihan pada setiap malam bersama ahli kumpulan tidak kira waktu dan tempat. Melalui latihan setiap malam, saya telah dapat mengatasi masalah stamina serta tidak berasa begitu penat berbanding pada awal latihan. Selain itu, bagi mendapatkan idea pergerakan saya telah mencari dan menonton pelbagai video tarian dan gerakan. Melalui tontonan video-video tersebut, saya telah mendapat inspirasi pergerakan serta mengolah mengikut kemampuan dan kebolehan tubuh badan sendiri serta ahli-ahli kumpulan. Saya juga mempelajari untuk menjiwai sesuatu watak melalui tontonan video tarian contemporary serta lakonan-lakonan daripada pelakon-pelakon teater mikha tambayong, Kamal adli dan sebagainya.
v  Oleh yang demikian, dicadangkan bahawa untuk memperolehi pergerakan yang bagus dan kreatif, usaha dan kesungguhan perlulah ada pada seseorang individu. Saya mencadangkan bahawa jika pensyarah lebih banyakkan praktikal daripada teori, maka pelajar akan lebih mengenali dengan lebih mendalam mengenai subjek pergerakan kreatif teater serta menghasilkan pergerakan yang kreatif dan dapat mempersembahkan pergerakan yang berkualiti di hadapan orang ramai.