Thursday 1 March 2012

pergerakan kreatif teater

3 comments:

  1. • Pergerakan kreatif teater adalah satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan kreatif yang akan dipersembahkan kepada orang ramai.
    • Tarian ini dilakukan dalam pelbagai budaya yang berbeza dan digunakan sebagai satu bentuk penyampaian ataupun interaksi sosial yang dipersembahkan dalam sesuatu upacara ataupun majlis. Secara umumnya, perkataan tarian ataupun ‘dance’ adalah berasal daripada perkataan Jerman Kuno iaitu ‘danson’ yang membawa maksud ‘to stretch’. Pembentukan tarian dipercayai terbentuk daripada gerakan-gerakan asas di mana seseorang penari itu ‘menegangkan’ dan ‘meregangkan’ otot semasa melakukan tarian.
    • Pergerakan pula bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus. Pergerakan merupakan intipati dalam kehidupan dan tarian adalah satu-satunya alat atau bentuk untuk mengekpresikan diri. Menurut Profesor Dr.Ghouse Nasaruddin, tarian adalah satu bentuk komunikasi bukan lisan yang universal dan melalui tarian juga seseorang itu boleh mengetahui budaya dan bangsanya. Ramli Ibrahim yang merupakan seorang koreografer dan penari popular di Malaysia pula menjelaskan bahawa dengan melakukan aksi lompat sahaja, seseorang itu tidak boleh dikatakan telah melakukan tarian. Sebaliknya, lompatan itu mestilah mempunyai teknik-teknik dan mengambarkan gaya tertentu untuk dianggap sebagai aksi tari.
    • Tarian perlu menggambarkan estetika, pergerakan-pergerakan sesuai dan mengekspresiasikan sesuatu emosi. Dalam mengaplikasikan pergerakan tari, penari atau artis perlulah menggerakkan badannya sambil mengekspresikan luahan hatinya melalui aksi dan mimik muka mahupun mengekspresikan dirinya melalui aksi badan dalam sesuatu persembahan.

    • Penggunaan tubuh sebagai instrument lakonan menjadi kepentingan utama dalam lakonan di atas pentas teater. Hal ini kerana jarak dan ruang pentas serta kedudukan pelakon dengan penonton yang jauh adalah memastikan segala bentuk lakonan harus ditransformasikan melalui tubuh badan. Di atas pentas pelakon dilihat dari keseluruhan tubuhnya. Setiap pelakon tersebut haruslah mempunyai kecerdasan internal dan external bagi mengendalikan keseluruhan tubuh badannya.

    • Pelakon teater juga harus menggunakan tubuhnya dan menyesuaikan dengan pelbagai watak yang akan dibawa. Dengan itu, pelakon juga dituntut mempunyai kecergasan kinestetik bagi mempamerkan keupayaan olah tubuh pelakon terutama dalam melakonkan adegan-adegan yang memerlukan pentampilan gerak tari ataupun lakonan secara fizikal.

    • Maka itu, tubuh badan pelakon teater memainkan peranan sebagai penyampai segala emosi kepada penonton. Tubuh badan yang tidak terbatas memainkan peranan penting bagi seseorang pelakon teater.

    ReplyDelete
  2. Dalam tugasan pertama, tajuk persembahan kumpulan kami adalah ponteng dan ahli kumpulan terdiri daripada empat orang pelajar. Persembahan ini telah dilakukan di ruang legar Bitarasiswa pada 27 April 2012. Pergerakan dalam persembahan ini telah kami koreograf dengan memasukkan 5 babak yang berbeza serta muzik yang berlainan supaya mesej persembahan dapat disampaikan kepada penonton. Babak pertama ataupun 3 minit pertama adalah babak pelajar cuba ponteng kelas. Dalam babak tersebut tiga orang pelajar akan cuba cari jalan untuk ponteng kelas dan elak daripada ditangkap oleh guru disiplin. Babak kedua pula adalah babak guru disipilin datang mengawas keadaan kelas dan sekolah untuk menangkap budak-budak yang ponteng. Tiga orang pelajar akan cuba sembunyi daripada penglihatan guru disiplin tersebut. Babak ketiga pula tiga orang pelajar yang ingin ponteng tadi akan tertangkap oleh guru disiplin dan mereka akan cuba lari daripada kena tangkap. Akhirnya mereka kena tangkap oleh guru disiplin tersebut. Babak keempat adalah babak kena hukuman oleh guru disiplin dengan hukuman yang berbeza iaitu hukuman rotan, ketuk ketampi dan juga tarik telinga. Babak kelima ataupun yang terakhir adalah babak di mana ketiga-tiga pelajar ini akan cuba memujuk dan meminta maaf daripada guru disiplin tersebut.
     Melalui persembahan tersebut, kami telah menggunakan teknik-teknik dan kemahiran kinestetik yang diajar oleh pensyarah iaitu aksi badan, kualiti pergerakan, ruang dan juga hubungan dalam persembahan tersebut. Dalam persembahan ini, kami telah menggunakan ruang pentas dan ruang legar tempat persembahan dengan sepenuhnya serta aras yang berbeza iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Penggunaan ruang juga berubah-ubah dimana kadang kala kami bergerak ke arah yang berbeza, bertentangan ataupun bertumpu pada sesuatu ruang pentas. Kami juga telah mengeksplor pergerakan daripada pergerakan sesuatu benda ataupun binatang dalam persembahan kami serta mengaitkan hubungan pergerakan dengan pergerakan yang lain ataupun satu watak dengan watak yang lain seperti hubungan antara kawan dan juga hubungan pelajar dengan guru. Melalui persembahan ini, kami juga menggunakan teknik kualiti pergerakan yang mana pergerakan badan kami ada laju dan perlahan, mempunyai beban, lembut, canon dan bergerak dengan pantas. Penggunaan aksi badan dalam persembahan ini adalah teknik yang paling banyak kami masukkan dalam watak masing-masing. Aksi-aksi seperti menegang dan mengecut, membuat pusingan, bahasa badan, lompatan, perkembangan badan serta bergerak dengan kreatif seperti lari tetapi tidak lari dengan biasa seperti lari menggunakan tangan atau merangkak.

    ReplyDelete
  3.  Batasan yang saya hadapi dalam mengaplikasi teknik-teknik ini adalah stamina. Bila melakukan keseluruhan teknik tersebut, barulah saya sedari bahawa kekuatan stamina amat penting kerana tubuh badan kita bermain dengan ruang, pergerakan yang berbeza serta aras yang berlainan. Pengolahan badan dari satu pergerakan kepada pergerakan yang lain juga menjadi satu kekangan saya semasa melakukan latihan kerana tubuh badan perlulah berubah-ubah mengikut situasi plot persembahan dan saya mengalami sedikit masalah dalam mengubah pergerakan badan yang berbeza ataupun boleh dikatakan kurang idea. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam menghubungkan pergerakan saya dengan ahli kumpulan yang kerana masih tidak begitu mahir untuk menjiwai watak sendiri dan juga kawan-kawan lain serta kemampuan ahli kumpulan yang berbeza-beza.
     Saya telah mengatasi segala kekangan ini dengan melakukan latihan pada setiap malam bersama ahli kumpulan tidak kira waktu dan tempat. Melalui latihan setiap malam, saya telah dapat mengatasi masalah stamina serta tidak berasa begitu penat berbanding pada awal latihan. Selain itu, bagi mendapatkan idea pergerakan saya telah mencari dan menonton pelbagai video tarian dan gerakan. Melalui tontonan video-video tersebut, saya telah mendapat inspirasi pergerakan serta mengolah mengikut kemampuan dan kebolehan tubuh badan sendiri serta ahli-ahli kumpulan. Saya juga mempelajari untuk menjiwai sesuatu watak melalui tontonan video tarian contemporary serta lakonan-lakonan daripada pelakon-pelakon teater mikha tambayong, Kamal adli dan sebagainya.
     Oleh yang demikian, dicadangkan bahawa untuk memperolehi pergerakan yang bagus dan kreatif, usaha dan kesungguhan perlulah ada pada seseorang individu. Saya mencadangkan bahawa jika pensyarah lebih banyakkan praktikal daripada teori, maka pelajar akan lebih mengenali dengan lebih mendalam mengenai subjek pergerakan kreatif teater serta menghasilkan pergerakan yang kreatif dan dapat mempersembahkan pergerakan yang berkualiti di hadapan orang ramai.

    ReplyDelete